Pernah dengar kata2 yang sangat bermakna. Manusia lebih suka mengejar neraka, walaupun tahu memudaratkan diri, tetap jugak nak.. Seperti kelkatu. Tetap jugak tertarik untuk berkerumun dekat api. Kerana dirasakan sangat menarik. Walaupun dah nampak rakan-rakannya mati terbakar dek kepanasan api tu.. Begitulah manusia, biarpun tahu apa yang dikejar bawa mudharat termasuk riba, rasuah dll.. Tetap jugak mahu ambil risiko. Padahal hidup didunia ni sementara cuma. Yang dikejar2 dunia jugak. Lupa pada yang abadi di akhirat sana. Moga-moga kita terhindar dari golongan pencari neraka seperti kelkatu ni.. Amin..
Salahkah menjadi kaya? Salahkah mengejar harta dunia? Salah sekiranya salah caranya, salah tujuannya. Bagus sekiranya benar tujuannya (niat) dan benar caranya. Contoh: mahu jadi kaya, dengan kaya dapat Bantu Ibu bapa, dapat jadi pembayar zakat harta, dapat tolong orang lain, dapat bela keluarga, dapat tunaikan haji, dapat menderma lebih banyak.
Tapi.. Mestilah kena caranya.. Jangan pulak sebab nak kaya, amalkan riba, terima rasuah, mencuri merompak, melacur dsb.. Ingat.. Matlamat tidak menghalalkan Cara. Caranya mesti selari dengan Islam. Contohnya berniaga. Jadilah peniaga yang jujur, jangan menipu dalam timbangan, barang dsb.. Semua tu mengundang dosa dan kemurkaan Allah.. Ingat matlamat akhir.. Supaya dapat kembali kepadaNya sebagai seorang hamba yang berjaya. Kaya dunia, kaya akhirat. Jadi, kejarlah dunia dan jangan lupakan akhirat. Kejar akhirat jangan lupakan dunia. Biar selari.. Apa yang kita usaha didunia bukan sahaja membawa kepada ganjaran dunia, sebaliknya ganjaran akhirat jua.
Apapun, luruskan niat kerana Allah Taala dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Moga2 Allah mudahkan dan beri ganjaran pahala kepada usaha kita.. Amin..
Jom amalkan doa ini..

No comments:
Post a Comment