Pages

Tuesday 23 December 2014

Kepentingan Vitamin C kepada tubuh.

Tidak dinafikan, Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting kepada tubuh badan. Vitamin C boleh diperolehi daripada buah-buahan. Namun kita tidak dapat menjamin jumlah vitamin yang ditawarkan kerana faktor kesegaran buah, racun yang digunakan dll. Jom kita lihat apa fungsi @ manfaat Vitamin C kepada tubuh kita.



1) Membantu pembentukan kolagen iaitu
sejenis protein yang menyusun tubuh
manusia. Kolagen adalah struktur yang
terlibat dalam pembinaan tulang, gigi,
sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen
itu sendiri berasal dari Yunani yang
bererti lekat atau bersifat sebagai
pelekat. Sebab itulah si pengamal akan
mendapati kulitnya lebih licin, tegang
dan cantik, dan luka cepat sembuh
kerana ia membentuk perhubungan tisu
badan yang kuat.

2) Vitamin C menjaga salur darah agar
tidak mudah pecah, mencegah
pengerasan salur darah, membantu
proses metabolisma kolesterol iaitu
pembentukan asid hempedu yang
penting dalam proses pemecahan
lemak. Sebab itulah mereka yang
menghidap darah tinggi amat
digalakkan mengambil vitamin C bagi
mengelakkan strok dan jantung
tersumbat.

3) Detoksifikasi. Vitamin C berupaya
mencantumkan bahan logam berat
seperti plumbum, raksa, arsenik dan
lain-lain toksik menjadikan ianya tidak
bahaya pada buah pinggang dan dapat
dinyahkan daripada badan dengan lebih
mudah. Mereka yang merokok patut
menjadikan vitamin C sebagai kawan
baik kerana ia dapat membersihkan
darah dan mengelakkan buah pinggang
anda daripada mengalami kerosakan
yang teruk.

4) Vitamin C juga berperanan dalam
pengeluaran hormone antistress dan
interferon (hormone fungsi imun).
Mengikut Doctor Bruce Miller, the more
you stress the more you need vitamin
C . Kita tahu bahawa stress boleh
memusnahkan vitamin C dan oleh
kerana kekurangan vitamin C sistem
keimunan kita menjadi lemah dan
mudah diserang penyakit.

5) Penyakit skurvi adalah akibat
kekurangan vitamin C. Sesiapa yang
mengalami pendarahan pada badan,
lebam-lebam, gusi mudah berdarah,
gigi mudah tercabut dan luka lambat
sembuh, pendarahan dalam otot dan
sendi adalah disebabkan kekurangan
vitamin C. 

Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi
mempercepatkan proses penyembuhan.

Kita digalakkan mengambil buah-
buahan dan sayur-sayuran lima kali
sehari. Namun kekangan masa dan
tekanan kehidupan masa kini
menyebabkan vitamin C tidak dapat
diserap oleh badan secara optimum dan
lebih banyak keluar melalui air kencing.
Menurut Dr Bruce Miller, dos yang
dicadangkan ialah 500 mg sehari iaitu
bersamaan 7 setengah biji Oren.

6) Peningkatan Sistem Imun - Membina
sel darah merah yang sihat untuk
penyerapan zat besi yang lebih baik,
membantu sel darah putih menentang
bakteria dan kuman, mengukuhkan
sistem imun, pertingkatkan pemulihan
alergi hidung, kulit dan asthma, juga
mengurangkan simptom selsema.

7) Memerangi kanser - Ia satu-satunya
anti-oksidan yang berkuasa dan
mampu meningkatkan inteferon
semulajadi tubuh dan merangsang
pengeluaran T-cells untuk melawan sel
kanser dan membuang kimia berbahaya
dari tubuh dgn berkesan.

8) Mencantikkan Kulit - Pengambilan
Vitamin C setiap hari akan membantu
anda dapatkan kulit yang lebih cerah,
melambatkan penuaan dan menyekat
pembentukkan pigmentasi. Pigmen
adalah penyebab utama kejadian
jeragat.

9) Memperbaiki Insomnia - Ia
memperbaiki insomnia, stress dan
masalah mental seperti keresahan.

10) Mengekalkan kolestrol sihat - ia
mampu mengurangkan kolestrol dan
tekanan darah, mengekalkan kapilari
darah yang sihat, menghalang
pendarahan dalam hidung, pendarahan
serebral dan skurvi.

Sumber: Google.

Promo Disember 2014

Anda boleh dapatkan Vitamin C semulajadi dan item yang ditawarkan pada harga promosi dan jimat kaw2 pada bulan ini.

Lihat Shaklee Difference di SINI

Hubungi: Sarah 013-2355200
COD Tanjung Karang dan Sekinchan.

No comments:

Post a Comment