Thursday 21 August 2014

Nak ke Cameron pon ada tips tau..

Assalamualaikum warahmatullah..

Dari semalam dok usha blog orang berkenaan tips di Cameron Highland. Antaranya tips berbelanja, tempat harus dilawati, makanan harus d cuba dsb. Banyak la tips yang dikongsi oleh mereka yang biasa kesana @ biasa dengan tempat n budaya Cameron ni.

Dalam kepala ni dah terlist tempat2 nak pegi. Antaranya, kampung Taman Sedia. Kat sana ramai pengusaha tempatan, ladang strawberry n cafe. Antara ladang nak gi adalah Taman Agro Al- Mashoor, Opah Strawberry and Farm. Nak gi Al-Mashoor sbb nk merasa homemade aiskrim dengan topping yg dkatakan sedap. He he.. Kat Opah Strawberry pulak, nak try scone yang dikatakan sangat sedap, dan jugak muffin buah-buahan. Kalau kat sana ada Strawberry Sundae nak try jugak. Kalau x, boleh pekena kat Big Red Strawberry Farm le..jawabnye.. He he..

Pasar malam Brinchang pon nak singgah jugak cari strawberry n tomato cherry. Kalo nak beli sayur wat balik tu maybe boleh singgah Kea Farm, tempat yang sesak dan dijual banyak sayur, buah, dan bunga Segar. Tu pon kalo ada budget lar.. Sebut bunga, teringin jgk nk dpt bunga dr cik abang.. Nk, tp mls mintak..cane tu..? Huhu..

Bila dah banyak membaca baru tau, teh yang dijual asli dri Cameron hanyalah Boh dan jugak Cameron Valley.. Yang lain2 tu kononnya dari Indonesia.. Ooo.. Begitu rupanya.. Kalau nak beli sayur dan buah pon kena bijak jugak. Contohnye, tomato besar, carrot besar, limau besar x ada ditanam di Cameron. China mari. Yang ada, antaranya baby carrot (pastikan berdaun), jagung mutiara (kecik & pendek) yg besar tu bukan dari Cameron, Dan elakkan membeli apple cristal. Tu cuma jambu yang dibuang kulit dan dicelup pewarna.. Eeeiii.. X bagus utk kesihatan tau!

Nak beli sayur pon kena bijak jugak. Contoh 10@ 12 paket rm10, biasanya harga sayur sekilo murah aje dalam 3-5 sekilo.. Kalau berpeket2 tu x ada nya sampai sekilo.. Tp boleh campur2 la.. Yang bertimbang x ada ke eh..? Hmm.. Kne cari kat ladang sayur gamaknye.. Huhu..

Kononnya, tempat makan halal kat Kea Farm kat gerai bahagian depan2 aje diusahakan oleh melayu Islam. Yang kat belakang2 diusahakan oleh cina tapi dijaga oleh mek indon bertudung. Hmm.. Susah jgk bab makan ni ye.. Huhu..harap x la termakan yg haram dan Kotor dsb..

Apa2 pon, x sabar rasenye nak keep Cameron mmbeli buah strawberry, sikit pon x ngape.. Baby carrot, tomato cherry, n baby potato.. He he.. Kata orang, beli strawberry kat pasar jauh lebih murah dari kat ladang petik sendiri.. Gitu pulak ye.. Kirenye harga pengalaman la yg dijual tu.. Bkn rege strawberry. Klo gitu, g tengok aje le.. Pon boleh..

Nnti dah g, sy update pengalaman kat sana pulak.. Harap2 berbaloi2 la pegi.. Bukan la x pernah gi langsung, pernah la lalu beli strawberry dan sayur peket2 tu.. N yg selonggok.. Adeh.. Rugi upenye beli camtu.. InshaAllah x buat dah.. He he..

OK LA.. Babai2.. Nak jenjalan, supplement x le ler luper ye.. Konsisten.. Konsisten.. (Nasihat kt diri sendiri ) :p

Tuesday 19 August 2014

Shaklee Dan Diriku.

Saya diperkenalkan dengan Shaklee pada bulan 12 tahun 2012. Tujuannya untuk membantu proses relaktasi. Saya cuma dapatkan set menyusu percubaan untuk sebulan dan setin ESP. Hebatnya, set tersebut mampu bertahan lebih setahun..
Bukan sebab x habis2 tapi sebab x konsisten sebagaimana x konsistennya proses mengepam. Resultnya? Sudah pasti gagal. Bagaimanapun, jika Pam dilakukan disamping ambil supplement, susu dapat keluar walaupun setitik even dah x menyusu berbulan2 lamanya. Malangnya, disebabkan faktor emosi, x konsisten dsb proses relaktasi telah gagal.

Dalam masa yang sama, saya juga ada membeli Herbal Blend disebabkan anak mengalami ruam yang agak teruk dan lama disebabkan pampers yang x berkualiti. Syukur Alhamdulillah ruam yang berlarutan lebih 2 minggu tu kering dan sembuh setelah 2 hari penggunaan. Perubahan yang drastik walaupun dengan sekali penggunaan.

Seingat saya, saya habiskan baki supplement yang ada lepas raya tahun lepas 2013. Tu pun supplement dah lemau.. He he.. Lagipun masa tu, saya alami masalah rahim x kuat. Kena mengurut la untuk naikkan semula. Tp angkat benda berat sikit termasuk angkat anak pun rasa sakit. Macam-macam la masalah masa tu, sakit pinggang, perut, belakang dan ditambah pulak cramp. Sebelum puasa, selain alami masalah2 diatas, kena jugak semput. X pernah2 kena semput seumur hidup, alami semput pulak.. Lama pulak tu.. Seksanya.. ++ sakit kepala yang berlarutan ++ hilang selera makan ++ diarrhea x tentu pasal setiap hari selama berminggu-minggu. Terpaksa la berubat. Bekam, mengurut, homeopathy. Alhamdulillah buat homeopathy terasa ada perubahan terutama semput, sakit kepala melampau berkurangan. Tapi sakit belakang, pinggang, perut/rahim still.. Ditambah cramp.

Lepas berhomeopathy, saya kembali kepada Shaklee setelah sekian lama membisu. Nak bersupplement perlukan duit jugak. Dari tu la sy mula berjinak2 sbg distributor.. :) bila dah study tentang Shaklee, baru tahu kegunaan supplement tu semua.

Mommy Shaklee pun ada cakap, yang ESP penting bantu kuatkan rahim.. Ooo.. Baru Ku tau.. Apa lagi, minum la ESP yang masih ada dan order setelah habis. Alhamdulillah terasa sangat perubahannya. Angkat anak pun relax jer.. Mandikan dsb dah boleh mencangkung mandikan anak. Kalo x, x boleh bangun la jawabnye.. Huhu.. Teringat dulu, mandikan anak, nak bangun x boleh dah.. Terpaksa jalan itik dulu baru boleh bangun dengan susah payahnya.. Selain ESP turut order Vitamin C, B Complex. Bila konsisten, terasa perubahannya. Alhamdulillah perubahan positif dapat dirasai hari ke hari. Masalah cramp pun agak teruk, tak tahu nak kata cramp atau apa. Tapi bila angkat benda berat, rasa sakit macam otot tercedera gitu. X leh gerak sampai la sakit berkurangan. Sampaikan paksa nak capai benda pun kena jugak cramp tu.. Teruk bebenar dah keadaannya. Baru la order Ostematrix. Amalkan ostematrix pulak. Lama kelamaan, masalah tu selesai.. Alhamdulillah..

Dalam usaha2 pun tetap jugak bermasalah nak konsisten, lagi bila dah rasa sihat dan dah kuat mula la tinggal supplement. Kadang berminggu2.. Rasa kurang sihat, amalkan balik, pastu tinggal berbulan2.. He he.. Syukurla dah tinggal pun x da la masalah lama kembali. Bila dah rasa lain macam sikit mula la cari supplement :p Alhamdulillah sangat membantu. Sekarang berniat nak teruskan untuk membantu kesihatan yang lebih baik.. InshaAllah..

Walaupun bermasalah untuk konsisten selama ni, tp tetap sayangkan Shaklee.. Sangat membantu disaat perlukannya. Bila sakit kepala, makan vitamin c, camtu jgk nak demam, x sihat bdn, ulser sbb trkena berus gg dsb. Bila rasa kurang bertenaga, ambil ESP, time kritikal sangat2 terasa perubahannya. Bila rasa sakit belakang, kulit berhampiran kuku terkopak dsb, cari ostematrix la.. Sekali dua minum Alhamdulillah elok kulit dan pemegang kuku bercantum balik.. Wow wow wow.. Boleh tahan fungsi setiap supplement ni.. Kadang emosi x menentu, ambil B Complex @ vit C, dengan izin Allah rasa lebih relax. Alhamdulillah..

That's why I love Shaklee verry much. Perubahan pada diri sangat ketara bila ambil secara konsisten dan sangat membantu jugak saat kecemasan. Sekarang Panadol dsb dah tak diperlukan. Sbb dah ada alternatif lain yang lagi baik.. Bila ambil, x ada risiko bahan kimia berbahaya dsb malah membantu mendapatkan kesihatan lebih baik dengan izinNya. Saya cadangkan anda juga beralih kepada supplement yang natural untuk membantu mendapatkan dan mengekalkan kesihatan yang lebih baik. Maklumlah, sekarang badan mudah sangat terdedah kepada radikal bebas penyebab kanser dan pelbagai masalah kesihatan melalui aktiviti harian, pemakanan, pencemaran udara DSB. Jom sama2 berusaha dapatkan kesihatan yang lebih baik..!

Anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee, perlukan khidmat nasihat dan komsultasi produk? Jangan segan2 hubungi saya ye..

Shaklee Independent Distributor,
Maisarah Salwani binti Dollah,
ID No: 888227.
013-2355200 (SMS/ wasap)
COD Sekinchan, Tanjung Karang.