Tuesday 17 November 2015

Lauk best - Gulai kuning telur masin pucuk paku.

Semalam ke pasar tani dengan rajinnya beli pucuk paku pakis warna hijau tu.. Konon-kononnya nak masak gulai kuning. Harini lepas balik dari pantai, terus masuk dapur masak campak2.. Hehe..

Masukkan aje kunyit hidup yang ditumbuk lumat dengan cili padi ke dalam periuk berisi santan. Campak serai ketuk, pecahkan telur masin beberapa biji, agak2 dah masak telur, campak ikan kembung 2 ekor, perasakan. Lepas tu campak paku pakis sesedap rasa.. See.. Banyak kan campak2 tu..

Makan pulak dengan kerisi goreng lada dan budu bersama ulam-ulaman.. Jadilah makan diet bersamaan 2 pinggan nasi.. Ngeh ngeh ngeh..

Meh tengok sikit rupe masakan campak2 caca marba ni.. ;p


Jemput jamu mata ye.. Hehehe

Saturday 14 November 2015

Kopi kuruskan badan?

Peminat-peminat kopi pasti suka mendengar terdapat kopi untuk kuruskan badan. Tidak dinafikan saya juga merupakan penggemar tegar minuman berasaskan kopi.

Beberapa bulan lalu saya ada terdengar bahawa kopi membantu meningkatkan metabolisme badan. Jadinya bagus la untuk kesihatan. Disamping tu, membantu menyegarkan badan. Sejak dari tu, setiap hari biasanya minum 2 cawan kopi sehari. Kopi habbatus sauda', kopi garam buluh, mocha cafe dll. Kurus ke badan? Biasa je.. Hahaha...

Apapun, kandungan kafein dan gula yang tinggi pun tidak bagus untuk kesihatan. Dibimbangi menyebabkan masalah migraine, diabetes dll penyakit. Seeloknya minum banyak air masak untuk bantu sistem badan yang normal. Dan kalau minum kopi, jangan manis-manis dan bilas lah dengan air masak.. Hehehe.. Maksudnya minum air masak lebih lepas minum minuman manis.

p/s: Air masak yang banyak pun membantu program kuruskan badan tau.. :)