Saturday 14 November 2015

Kopi kuruskan badan?

Peminat-peminat kopi pasti suka mendengar terdapat kopi untuk kuruskan badan. Tidak dinafikan saya juga merupakan penggemar tegar minuman berasaskan kopi.

Beberapa bulan lalu saya ada terdengar bahawa kopi membantu meningkatkan metabolisme badan. Jadinya bagus la untuk kesihatan. Disamping tu, membantu menyegarkan badan. Sejak dari tu, setiap hari biasanya minum 2 cawan kopi sehari. Kopi habbatus sauda', kopi garam buluh, mocha cafe dll. Kurus ke badan? Biasa je.. Hahaha...

Apapun, kandungan kafein dan gula yang tinggi pun tidak bagus untuk kesihatan. Dibimbangi menyebabkan masalah migraine, diabetes dll penyakit. Seeloknya minum banyak air masak untuk bantu sistem badan yang normal. Dan kalau minum kopi, jangan manis-manis dan bilas lah dengan air masak.. Hehehe.. Maksudnya minum air masak lebih lepas minum minuman manis.

p/s: Air masak yang banyak pun membantu program kuruskan badan tau.. :)

No comments:

Post a Comment