Wednesday 19 November 2014

Set Mengandung Terbaik.

Assalamualaikum warahmatullah..
Harini nak kongsikan sikit pengalaman mengandung anak pertama dan kedua. Pengalaman mengandung anak pertama dan kedua siyes, memang sangat-sangat berbeza. Dari semua sudut.

Masa anak pertama memang agak teruk. Tiap2 hari cramp, silap landing tempat flat jadi cramp, sembelit, mual teruk, tiap2 hari muntah sampai nak gosok gigi pun talut. Nak duduk dekat suami pun x suka sebab rasa macam suami bau busuk. Bau masakan x boleh.. Makan tak lalu sampai cengkung dan pucat kebiruan. Mood memang kelaut lah.. Nak merajuk aje.. Sakit hati, terasa hati, bengkek, moody, cepat marah semua ada.. 

Mengandung sekarang lain pulak perasaannya.. Perasaan lebih tenang, tak cramp dah, mual2 kurang, muntah pon dalam 2,3 x aje sepanjang mengandung ni.. Selera pon ok.. X hilang selera dan tak lah berselera sangat.. Pucat cengkung semua memang tak..mood Alhamdulillah ok..cool her kata orang.. Hehe..

Pernah tu 3,4 hari sibuk sangat2 kesana sini..adik nak konvo.. Berpanas, berpenat semua ada.. Dalam penat2 tu free kat Umah x kemana, pegi sambung mancing. Kalini mancing belut, mau buat sup.  Datang nurse tetiba n cek segala la.. Tekanan darah lak terlampau rendah. Ada cite kat group sokongan Shaklee tu, mommy cadang makan 2 biji vitalea. So, makan la dlm 2 hari gitu.. Hari ke4 lepas nurse datang ah tu kena g Klinik.. Debar jugak nak kena cek tu.. Sebab kena gi KK pulak lepas tu.. Kalau ada masalah memang kena.huhu.. Alhamdulillah.. Tekanan darah dah cantik.. Hehe.. HB pon sama. So x perlu repeat check kat KK just jumpa Dr aje.. Hehe.. Alhamdulillah..

Bagiku.. Set Mengandung Shaklee memang ohsem.. Cepat aje nampak kesan.. Syukur.. Nak tau apa yang saya amalkan sekarang? Check it out..!!


Jika anda Ibu mengandung, moga2 anda beroleh kesihatan yang baik jugak.. Amin..

Jom sama2 jaga kesihatan terutama masa mengandung untuk kesihatan dan kesejahteraan anak tercinta.. InshaAllah..

013-2355200

Thursday 13 November 2014

Salahkah menjadi kaya?

Dalam kesibukan mencari dunia, kita seringkali mengabaikan Pencipta. Lupa meminta, lupa menyerahkan diri.. Maklumlah sibuk mengejar yang tak pasti.

Pernah dengar kata2 yang sangat bermakna. Manusia lebih suka mengejar neraka, walaupun tahu memudaratkan diri, tetap jugak nak.. Seperti kelkatu. Tetap jugak tertarik untuk berkerumun dekat api. Kerana dirasakan sangat menarik. Walaupun dah nampak rakan-rakannya mati terbakar dek kepanasan api tu.. Begitulah manusia, biarpun tahu apa yang dikejar bawa mudharat termasuk riba, rasuah dll.. Tetap jugak mahu ambil risiko. Padahal hidup didunia ni sementara cuma. Yang dikejar2 dunia jugak. Lupa pada yang abadi di akhirat sana. Moga-moga kita terhindar dari golongan pencari neraka seperti kelkatu ni.. Amin..

Salahkah menjadi kaya? Salahkah mengejar harta dunia? Salah sekiranya salah caranya, salah tujuannya. Bagus sekiranya benar tujuannya (niat) dan benar caranya. Contoh: mahu jadi kaya, dengan kaya dapat Bantu Ibu bapa, dapat jadi pembayar zakat harta, dapat tolong orang lain, dapat bela keluarga, dapat tunaikan haji, dapat menderma lebih banyak.

Tapi.. Mestilah kena caranya.. Jangan pulak sebab nak kaya, amalkan riba, terima rasuah, mencuri merompak, melacur dsb.. Ingat.. Matlamat tidak menghalalkan Cara. Caranya mesti selari dengan Islam. Contohnya berniaga. Jadilah peniaga yang jujur, jangan menipu dalam timbangan, barang dsb.. Semua tu mengundang dosa dan kemurkaan Allah.. Ingat matlamat akhir.. Supaya dapat kembali kepadaNya sebagai seorang hamba yang berjaya. Kaya dunia, kaya akhirat. Jadi, kejarlah dunia dan jangan lupakan akhirat. Kejar akhirat jangan lupakan dunia. Biar selari.. Apa yang kita usaha didunia bukan sahaja membawa kepada ganjaran dunia, sebaliknya ganjaran akhirat jua.

Apapun, luruskan niat kerana Allah Taala dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Moga2 Allah mudahkan dan beri ganjaran pahala kepada usaha kita.. Amin..

Jom amalkan doa ini..


Moga-moga kita menjadi hamba yang merdeka. Merdeka jiwa, merdeka dari bebanan dan dimudahkan segala urusan.. InshaAllah.. Amin..

Wednesday 12 November 2014

Tingkatkan Fungsi Otak. -Tips jadi Genius-

Assalamualaikum.. Harini dapat beberapa tips untuk tingkatkan fungsi otak.. Antaranya ialah dengan membaca Al-Quran.. Haa.. Bagaimana al-Quran ni berupaya untuk meningkatkan fungsi otak? Meh saya share sikit apa yang di Share oleh orang lain.. Termasuk kopipes ye..

~Tips nak jadi genius~

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak
kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....

Manusia zaman sekarang, kemudahan merujuk sesuatu itu sangat hebat, misalnya google, sekali klik, keluar macam-macam maklumat. Tapi manusia bukannya semakin pandai, sebaliknya semakin bodoh.

Ini kerana, manusia yang muslim khususnya pada zaman ini, mereka meninggalkan pembacaan Al-Quran...

Anyway, semasa saya belajar di madrasah dulu, setiap pagi, kami diwajibkan membaca surah Yassin selepas solat Subuh, kemudian diwajibkan pula untuk membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Setiap 30 hari, kami akan khatam Al-Quran.

Aktiviti inilah yang paling "tidak disukai" para pelajar, sebab waktu tu sangat mengantuk. Tapi mereka tidak faham, mengapa ulama anjurkan pembacaan Al-Quran selepas Subuh.

PALING KURANG, kita diarahkan Rasulullah untuk baca surah Yassin pada setiap pagi.

Satu lagi, seeloknya, bila kita baca Al-Quran, bacalah surah yang jarang kita baca dan mulakan dengan tertib dari mula hingga khatam. Jika kita hanya baca surah lazim yang kita sudah hafal, otak kita sudah biasa dengan ayat itu dan kadar tenaga yang digunakan otak tu tidaklah sebanyak yang digunakan ketika membaca surah yang belum dihafal.

Rahsia mengapa Rasulullah dan para ulama anjurkan baca Quran pada awal pagi ialah kerana, ketika awal pagi, otak kita masih fresh selepas rehat yang panjang (tidur).

Jadi untuk mengaktifkannya, kita perlu membaca Al-Quran. Hasilnya, terbentuklah para pelajar madrasah yang genius, boleh menghafal matan-matan Arab, hafal ribuan Hadith, hafal Quran, hafal perbahasan ulama, mampu membaca kitab Arab tanpa baris dengan lancar dan sebagainya yang saya kira agak mustahil untuk dikecapi oleh pelajar akademik sekular (melainkan mereka juga amalkan rutin yang sama).

Note 1: Lazimkan pembacaan Al-Quran beramai-ramai dengan suami/isteri dan anak-anak SETIAP PAGI. Berjemaah lebih bagus sebab kita rasa lebih bersemangat dan kebarangkalian untuk istiqamah itu lebih tinggi.

Ini silibus pertama HOME SCHOOLING yang diajar oleh Rasulullah.

Note 2: Bacalah Al-Quran kerana Allah, bukan sebab nak jadi genius. Sebelum baca quran, takafur dulu 10 saat sambil niat dalam hati, "Ya Allah, aku cintakan engkau, aku baca quran ni semata-mata untuk engkau, untuk cinta ini, dan terimalah bacaanku."

Orang yang baca quran niat nak jadi genius sahaja, dia akan dapat genius, tapi dia tak dapat pahala.

Tapi orang yang baca quran kerana Allah, genius dapat, pahala pun dapat. CINTA Allah pun dapat.

Jadi bijaklah "berbisnes" dengan Allah.

Sekian kopipes termasuk delete sikit yang kurang perlu.

Antara usaha kedua untuk tingkat fungsi otak ialah, ambil supplement untuk tingkatkan fungsi otak. Misalnya Omega Guard yang ohsem ni.. Jom tengok fungsinya:



Kebaikan Omega Guard.
- Tingkatkan daya ingatan.
- Bantu memori dan Fokus.
- Rendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
- Kawal paras kolestrol. kurangkan kolestrol jahat.
- Kurangkan sakit sendi.
- Kurangkan gejala Athma.
- Cegah pengumpulan lemak.
- Pelihara kesihatan kulit. licinkan kulit.

Sekarang pulak tengah promosi baik punye.. Boleh tengok apa yang ditawarkan Kat poster tu ye.. Jika berminat, boleh wasap saya.



Sarah
013-2355200.

Saturday 1 November 2014

Cabaran Sabar.

Dalam apa-apa pekerjaan sekalipun, pertama sekali, luruskan niat kerana Allah. Jika niat kita betul, inshaAllah apa pun cabaran dapat ditempuhi dengan lebih tenang. Bila rasa kecewa, ingat Allah, bila rasa sakit hati ingat Allah.. Zikir di bibir dan di hati, Ya Latiff.. Ya Latiff.. Minta dari yang Maha Lembut supaya lembutkan hati kita agar dapat terima ketentuanNya dan dapat bersabar.. Apalah gunanya marah jika hanya merugikan diri. Maka, Sabar.. Dan Tingkatkan kesabaran.

Bagaimanapun, usahlah bersabar dalam hal yang melibatkan kerosakan agama.. Anak tak solat, sabar dari menegur.. Anak lakukan maksiat, sabar dari marah dan menasihati.. Isteri @ suami tak tutup aurat, sabar dari menegur..Itu bukan kesabaran yang dituntut, itu dinamakan dayus. Sebaliknya, hendaklah sabar dalam menegur, mendidik, dan menasihati secara hikmah. Teruskan mendidik dan mendidik.. Itulah kesabaran yang sebenar.

Sabar bukanlah perkara yang mudah. Sabar dalam melakukan ketaatan perlukan pengorbanan utk terus taat. Sabar dari marah yang merosakkan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.. Redho dikatakan lebih mudah dilakukan. Apa yang mudahnya? Dapat rezeki ala kadar, redho.. Tapi untuk terus bersabar untuk berusaha, untuk taat, untuk melakukan ibadat, bukanlah perkara yang mudah.. Ia memerlukan pengorbanan yang besar.. Jadi, sabarlah dan tingkatkan kesabaran. Moga Allah bukakan jalanNya dan mudahkan segala urusan kita menuju redhoNya.. Amin.